Tuesday 28 January 2014

API dan AIR | mazmumah & mahmudah

In the Name Of Allah, The Most Gracious and Most Compassionate


API & AIR
Api dan air, dua sifat fizikal yang berbeza. Api memanaskan dan membakar manakala air menyejukkan dan memadamkan. Nyalaan api tidak dapat hidup pada timbunan kayu dan dedaun yang basah dan lembap sebaliknya marak menyala pada timbunan sampah yang kering. 

Begitu juga perumpamaan untuk hati kita yang sememangnya terikat dengan emosi dan perasaan. 
Namun persoalannya adakah emosi itu terdorong oleh hati yang bersih atau nafsu semata?

MAZMUMAH & MAHMUDAH
Sifat mazmumah begitu mudah sekali 'menyerang' hati yang gersang. Hati yang 'basah' dengan zikrullah memandu emosi dan akal ke arah kesejahteraan rohani juga mengelakkan diri dari sifat-sifat yang tercela. Ini kerana diri kita punya benteng yang kukuh dan ampuh dari asakan sifat marah, ego, hasad dengki dll dengan memperbanyak mengingati Allah. 

Banyak hal yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dan syak wasangka apabila berhadapan dengan pelbagai ragam manusia. Masyarakat hari ini mudah tercuit dengan hasad dengki dan irihati dengan kelebihan yang ada pada orang lain. 

HABIL & QABIL
Allah memperingatkan kepada kita akan kisah dua saudara ini dalam surah Al-Maidah sebagai pengajaran kepada manusia untuk menjauhi hasad dengki dan tidak puas hati antara satu sama lain. Sedangkan taqwa adalah sebaik-baik peneman hati dan bekalan muslim menuju ke destinasi abadi, SyurgaNya.

Oleh itu, jadilah air yang memadamkan dan menyejukkan bukan api yang marak membakar jiwa-jiwa anak Adam.

Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah SAW, kerabatnya dan para sahabat ajmain.

No comments:

Post a Comment