Monday 6 May 2013

BLACKOUT !

In the Name Of Allah, The Most Gracious and Most Compassionate

BLACKOUT !
blackout!

Apa yang berlaku dalam pengiraan undi PRU 13 sangat kontroversi dan pelbagai spekulasi yang liar melibatkan kedua-dua parti.

Namun apa yang dikesalkan adalah wujudkan pihak yang berat sebelah dan memandang sebelah mata terhadap keadilan dan ketelusan. Padahal ini lah aset yang sangat penting bagi seorang pemimpin mahupun struktur kepimpinannya. Selepas memberikan wala mutlak (kesetiaan kepada Allah dan Rasul SAW), ADIL lah yang dicari. Sesungguhnya seorang pemimpin yang adil akan mendapat naungan Allah di akhirat nanti.

Justice for peace

Berikan hak kepada yang berhak. Bukan ambil hak itu dengan kasar atau penipuan. Itu zalim ! Tidak perlu takut jika anda bersama kebenaran.
Allah berfirman :  “Wahai orang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwa kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Maidah, ayat 8)

THUFAIL BIN AMRAD

Sebagaimana kisahnya seorang sahabat Baginda Rasululullah SAW, seorang ketua kabilah bani Daus dan seorang penyair yang mahir. Thufail bin Amrad yang datang ke Mekkah untuk menziarah Kaabah telah disambut dengan mesra dan meriah oleh Bani Quraisy. Mereka telah menghasut Thufail dengan propaganda yang memburuk-burukkan Rasululluh SAW dengan menyatakan Nabi Muhammad telah memutuskan persaudaraan anak dan keluarga dan sanak saudara. Momokan itu membuatkan Thufail menjadi takut untuk mendengar satu patah perkataan pun dari Nabi Muhammad. 

Sehingga suatu hari apabila Thufail pergi ke Kaabah dan menyumbat kedua telinganya dengan tujuan untuk tidak mendengar kata-kata Nabi Muhammad. Dia terlihat susuk tubuh Baginda SAW. Tanpa disedari, dengan kuasa Illahi, kedua belah telinga yang tadinya disumbat dengan kapas mendengar jelas ayat-ayat suci AlQuran yang dibaca oleh Rasulullah. Walhal Baginda membacanya dengan perlahan.
"Celaka kau, kau seorang penyair seharusnya dapat membezakan kalam yang baik dan kalam yang buruk "  monolog si Thufail.
Seusai solat, Nabi Muhammad diekori oleh Thufail sehingga ke dalam rumah Baginda. Dia meminta agar diterangkan kepada dia akan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah. Hidayah dan taufik Allah untu siapa yang Dia kehendaki. Thufail mengucap dua kalimah syahadah.

Inilah antara kisah seorang sahabat yang berpengaruh telah memeluk islam dengan cahaya hidayah Allah. Walaupun telah dimomokkan dengan propaganda yang buruk dan spekulasi yang tidak benar, Thufail tetap menjadi pejuang Islam. Kebenaran dan doa serta pengharapanNya,  tidak dapat menutup cahaya Allah

In Shaa Allah akan tiba suatu saat di mana kebenaran akan ditegakkan. Masanya akan tiba !



No comments:

Post a Comment