Friday 31 October 2014

Ruang

In the Name Of Allah, The Most Gracious and Most Compassionate

Pantas meninggalkan kita dengan fikiran yang sedar atau di bawah sedar. Jiwa dengan kemahuan infiniti sentiasa inginkan ia kembali dengan lebih lagi untuk mengisi ruang-ruang kosong yang dibuang. Ingin menebus noda-noda sesal itu kerana jahiliyah lalu.

Sadis. 

Walaupun kuasa itu boleh dimiliki dengan harta atau rela, boleh direbut didamba manusia berjiwa kering, manakan mampu mengubah putaran masa yang berdetik -tik tok tik tok- 

Apa yang ada, masa hadapan yang belum pasti ke mana layar dibawa. Selagi masa itu masih berada dalam putaran yang Allah tetapkan, masih belum berkubur harapan untuk kembali. 

Masih bersisa. 

Jangan lelah, ayuh kembali!

Kembalikan jiwa kepada fitrah yang sejahtera - Islam -. Manakan mampu dentuman muzik menenangkan hati yang dah terkulai, malahan makin layu tidak bermaya.

Missile launch & missile. Usaha dan doa. BOOOMMM! 
Mampu menggegarkan manusia-manusia yang meminta. Kerana Tuhan itu Maha Pemberi. 



#moga si penaip bait-bait ini mampu melaksanakan bukan sekadar membentuk aksara di halaman pembaca 

No comments:

Post a Comment