Sunday 17 March 2013

Masjid Hassan Thani

In the Name Of Allah, The Most Gracious and Most Compassionate

Assalamualaikum wbt,


Lama rasanya jari-jemari ku tak menaip untuk menambahkan bilangan entry untuk diterbitkan (baca : publish).
Setelah sekian lama minit berlalu, lintasan hati dibiarkan berlalu begitu sahaja,
hari ini baru tergerak saraf-saraf ku bercerita.
Tajuk kita pada hari ini ( baca gaya seorang pemidato )
tadaaa : Masjid Hassan Thani, Casablanca, Morocco.

Masjid Hassan Thani (bahasa Melayu),
مسجد الحسن الثانى (bahasa Arab),
Hassan II Mosque (bahasa Inggeris),
Grand Mosquée Hassan II (bahasa Perancis).
Masjid Hassan Thani
Namanya gah sekukuh binaan ini dipukul ombak laut Atlantik,
masjid ini dinamakan bersempena nama raja Maghribi, Raja Hassan II yang telah merasmikannya pada 11 Rabiul-thani 1414 Hijrah bersamaan 30 Ogos 1993. Masjid ini merupakan mercu kemegahan Daulah Islamiyah di bumi gerbang Andalus ini.

Masjid yang terbesar di negara ini dengan kapasiti maksimum 105000 orang merupakan masjid ketujuh terbesar dunia. Menaranya berketinggian 210 meter atau 689 kaki dan menara masjid tertinggi dunia.


Raja Hassan II menginginkan binaan yang dengannya boleh mengingati kebesaran Allah.
wish Casablanca to be endowed with a large, fine building of which it can be proud until the end of time ... I want to build this mosque on the water, because God's throne is on the water. Therefore, the faithful who go there to pray, to praise the creator on firm soil, can contemplate God's sky and ocean.
Michel Pinseau, seorang arkitek Perancis yang tinggal di Morocco bertanggungjawab untuk  mereka struktur masjid ini.  Manakala 35000 orang pekerja diperlukan untuk menyiapkannya. Tesergam indahnya masjid ini dengan ukiran-ukiran tradisional dengan ciri-ciri unik dari budaya arab, islam dan andalus dimana hasil seni tangan ini juga boleh di lihat di bangunan-bangunan lama di Maghribi seperti Masjid Koutubia di Marakech

#sumber : Wikipedia

kali pertama 

dataran masjid yang dibina di atas air

ukiran bercirikan budaya arab, andalus dan islam

laman sebelum ke pintu masuk masjid

bandingan besarnya pintu masjid ini

salah satu pintu masjid

pintu gerbang memasuki laman masjid

langit petang dari dataran Masjid Hassan Thani

" Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga. "  Ad-Dzariyat : 47

suasana malam begemerlapan dengan cahayanya



Kali kedua; menara masjid ditutupi kabus tebal  (sekitar akhir bulan 1)
ukiran dalam masjid, Masha Allah  sangat indah 

hasil seni di syiling di bahagian dalam masjid.
Lampu chandelier menerangi segenap ruang solat.

sebahagian ruang solat wanita
Subhanallah, keagungan Allah ada di mana-mana. Allah telah melihatkan kebesaranNya pada makhluk yang dicipta dengan akal dan fikiran sehingga boleh membina masjid sebesar ini. Bahkan Allah Yang Maha Mengetahui zahir dan batin manusia, Dialah yang telah mengilhamkan kepada manusia untuk melakukan atau mencipta sesuatu. Tiada gunanya ilmu penuh di dada serta harta bertimbun juga kekuasaan di bumi andai tidak kenal pada Sang Pencipta. Ini kerana, semua nikmat ini datang dari Allah dan kepada Allah juga ia dikembalikan. 

" Tidak berguna ilmu yang banyak andai tidak kenal pada Allah Yang Maha Esa. "

No comments:

Post a Comment