Monday 27 April 2015

Short Film- Jeans vs Skirts

Bismillah.

Assalamualaikum,
Bonjour,
Ola!

A nice masterpiece!

Tajuk dah cantik, jalan cerita pula antara kisah yg popular dan paling banyak berlaku terutamanya dlm kalangan remaja apatah lagi sekarang hangat dengan istilah cinta islamik.

Namun jangan biarkan tema ini (cinta/kasih sayang/amour/hubb) menjadi tajuk perbualan kita yang paling rancak! Kerana ummat lebih memerlukan mutiara ilmu yang sohih sehingga mampu menghidupkan jiwa dan mencambahkan akal. Akidah, dakwah dan tarbiyah perlu menjadi aulawiyat seorang muslim.

Point of view-
1 Ayat-ayat AlQuran tak boleh diinterpretasi sesuka hati untuk membenarkan apa yang kita lakukan. Sebaliknya, mendahulukan dalil dari madlul, iaitu mendahulukan ahkam ayat AlQuran sebelum akal manusia. Jika mencari dalil untuk membenarkan apa yang kita lakukan, nescaya hawa nafsu dan akal akan menguasai natijah hukum tersebut.

Ini juga antara salah satu kaedah beri'tiqod dgn AlQuran.

2 Permulaan kepada sesuatu selalunya terhasil/bermula dari sekecil-kecil perkara. Mcm garis lurus yg bermula dgn satu titik kecil. Bisikan syaitan sangat halus sehingga kita tak perasan bila dan bagaimana bermulanya noktah-noktah hitam dalam hati seorang muslim.
Dalam situasi cerita ini, komunikasi dan perkenalan boleh diambil kira sebagai permulaan maksiat itu. Begitu juga dengan realiti zaman sekarang malah mungkin pernah terjadi pada diri kita sendiri.

Fitrah manusia adalah asas. Namun perlu kawalan dan dilorongkan ke arah kebaikan. Fitrah mentauhidkan Allah lebih utama :)

3 Pentingnya biah solehah dan rakan-rakan yang baik untuk sentiasa menjadi muslim yang soleh dan musleh kerana mereka mungkin wasilah pada hidayah Allah. Lihatlah saja, bagaimana mantap dan qowiy para sahabat RA ketika menerima pelbagai siksaan dan terus semangat memperjuangkan syariat Allah. Ini tidak lain kerana didikan Rasulullah dlm manhaj dan biah yang terbaik.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا وحبيبنا محمد وآله وأصحابه أجمعين.

4 Mengadu domba dan mengumpat amat buruk akibatnya. Allah menjanjikan kecelakaan untuk mereka (AlHumazah:1). Kesalahan ini perlu meminta maaf dr orang yang diumpat walaupun perkara tersebut benar. Penyebarannya boleh merosakkan komuniti islam yang sejahtera dan merosakkan ukhuwah.

5 Kembali kepada Allah dengan sebenar benar taubat dan penyesalan. Mohonlah perlindungan kepadaNya dari perkara perkara yang merosakkan akidah dan perkara keji, maksiat.
"احفظ الله يحفظك..."

6 Berada di sesebuah negara bukan Islam lebih besar juhudnya. Seorang muslim seolah-olah galeri yang bergerak yang mempamerkan masterpice agama Islam baik dari segi percakapan, gerak tubuh malah kekemasan juga menjadi aspek penelitian.

"Show them you are a Muslim - action speak louder than words"
Role model  terbaik kita, Rasulullah SAW berakhlak mulia sehingga menjadikan tarikan kpd org lain utk memeluk agama Islam.
لقد كان لكم في رسول الله اسوة حسنة - وإنك لعلى خلق عظيم.

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا وحبيبنا محمد وآله وأصحابه أجمعين.

Saturday 31 January 2015

360-Sudut berbeza

Bismillahirrahmanirrahim

Perjalanan hidup kita punya pilihan, mahu yang putih atau yang hitam.
Pandang dari sudut yang berbeza, dari sisi yang berlainan.
Apa yang kelihatan?
Tanya sama hati!

Boleh jadi duka lebih menggembirakan hati dari gembira itu sendiri.
Kerana kepayahan mendekatkan, kesenangan menjauhkan.

Pandang dari sudut yang berbeza.