Saturday 15 September 2012

Pilihan Allah

In the Name Of Allah, The Most Gracious and Most Compassionate



Alhamdulillah Segala Puji Hanya Bagi Allah. Segala Pujian Tuhan Sekalian Alam.

Rezeki ku di sana,
Tidak terlintas, malah terdetik,
Jikalau ada, itulah angan kosong ku,
kerana ku tahu mereka sangat keberatan.

Menuntut ilmu, 
Moga hati ku Allah sentiasa bantu,
Tajdid niat menjadi hamba yang diredhai semata,
Perjuangan ilmu takkan pernah habis,
Hatta hingga ke liang lahad.

Segala Puji Hanya Bagi Allah,
Dia yang mengatur segalanya,
kerana, kerana Dia..
Yang Maha Mengetahui apa yang tersembunyi,
Ya ! hikmah perjalanan hidupku,
Hanya Dia yang tahu.

Apa yang ku pinta,
Pilihan ini, pilihan yang Allah redhai,
Menjadikan ku tingkat imannnya 
Sejahtera jiwa dan hatinya.

* Terangilah hati kami dengan cahaya hidayahMu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahariMu selama-lamanya, dengan rahmat dan kasih sayangMu. Amiin.

No comments:

Post a Comment