Saturday 25 August 2012

Salam AidilFitri !

In the Name Of Allah, The Most Gracious and Most Compassionate

Alhamdulillah Segala Puji Hanya Bagi Allah. Lembaran Syawal tahun 1433 Hijrah sudah masuk hari ke tujuh. Genap seminggu kita meninggalkan Ramadhan Kareem yang penuh barakah. Satu bulan yang sarat dengan hikmah dan ganjaran pahala berlipat ganda bagi seluruh muslimin. 

Tarbiyah Ramadhan menjaga hati,
Syawal bertamu berkasih sayang,
Pohon kami padaMu Ya Rabbi,
Semoga bertemu Ramadhan mendatang.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin :)
 Pesanan untuk semua dan juga diri saya sendiri :

1) Banyakkan bersyukur kepada Allah 
kerana kita menyambut kemenangan setelah melalui sebulan berpuasa nafsu, makan, minum dan pancaindera dari berbuat keburukan. #semoga berterusan untuk jam-jam dan hari-hari yang akan datang. Bersyukur kita dapat beraya dengan aman dan penuh kasih sayang sedangkan saudara seIslam kita di Rohingya, Palestin, Syiria dan di seluruh pelusuk dunia masih bermandikan darah dan penindasan.




2) Sederhana dalam berbelanja 
Kasut baru | baju raya berlabuci baru | tudung baru | sampin baru | sofa baru | langsir baru | kereta baru ? 
Sudah menjadi kelaziman masyarakat kita berbelanja sakan semata-mata untuk AidilFitri. Tak salah kalau nak beli serba baru tapi berpada-pada mengikut keperluan dan kemampuan. Kalau ikutkan kehendak, memang tak sudah, habis semua bonus+gaji+simpanan habis semata-mata nak beli beg, kasut Vincci, Polo, Bonia dll.
Bersederhanalah semasa membeli. InsyaAllah hari raya kita lebih bermakna dengan ketenangan hati dan damai dengan kemaafan. :D
3) Ziarah - menziarahi 
Jom beraya !!
Ziarahlah tok wan, mak su, pak long, mak lang, sepupu sepapat sementara mereka masih ada. Tak rugi ! dapat duit raya. Ok ! itu bukan point kita berziarah. Mungkin selama ni jiran-jiran sakit hati dengan kita sebab main mercun depan rumah mereka, masa ni la nak minta maaf. Hati manusia siapa yang tahu kan ?? Masa ni jugak la saudara-mara yang jauh balik kampung. 

Eratkan silaturrahim kita sempena AidilFitri ni ! 
Tambah kasih sayang, hapuskan kebencian dan hasad dengki.
Hasilnya : keluarga yang harmoni !!

" Ya Rahman, Ya Rahim, jadikanlah kami di kalangan hambaMu yang beramal soleh dan berkasih sayang. Tempatkan kami dalam RahmatMu "

No comments:

Post a Comment