Saturday 20 December 2014

Hikmahnya pada sesuatu.

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الدي اهدنا بهداية الاسلام، وصل على محمد صلى الله عليه وسلم احسن البشر واصحابه ومن تبعهم باحسان الى يوم الدين.

Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah pemilik semua nikmat. Selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah SAW, dengan akhlaknya yang cukup mulia dan terpuji, islamlah ahli Mekah malah seluruh pelusuk dunia.

Perjalanan hari ini sedikit terduga dengan langkahan kaki dan emosi yang bercampur baur. Berrmacam perkara mengisi ruang-ruang hati dan fikiran namun tetap menapak kerana hadaf yang sudah dirancang untuk dilaksanakan. Permulaan hari yang dingin tanpa kelihatan sinar mentari.

Langkah terhenti di stesen bas menunggu bas bernombor 60 untuk ke destinasi hari ini. Setengah jam menunggu, bas yang dinanti masih tidak kunjung tiba.

"Takpelah tunggu sekejap lagi, mana tau kejap lagi ada bas tu." Bermonolog sambil membuat pilihan, nak tunggu lagi atau tahan teksi.

Mata silih berganti pada jalan dan buku yang dibaca; Rindu Bau Pohon Tin. Deruan enjin, bas 60 bergerak 80km/j seolah-olah tidak mahu berhenti. Kaki terus melangkah laju mengejar bas yang akan ke Masjid Hassan Thani. Masih berbaki langkahan, aku tergamam kerana bas tidak berhenti seperti biasa. Deruan bas terus memecut.

Masih kaku. Bas yang ditunggu sedari tadi tidak berhenti, sedangkan aku berkira-kira untuk sampai ke sana sebelum waktu Zohor. Masa berbaki 30 minit sebelum azan Zohor. Perjalanan menaiki bas pula hampir sejam ke Masjid Hassan Thani dan perlu menaiki teksi ke tempat tujuan yang sebenar.

Positif, teksi petit ditahan untuk ke maktabah dengan harapan inilah kenderaan yang terbaik untuk dinaiki. Awal perjalanan tanpa kata yang ditutur, hanya kosong memandang jalan yang penuh sesak dan berhabuk.

Pemandu memulakan bicara; ' من اين انت؟' . Ana malizia, jawabku ringkas. Bicara makin rancak dengan isu-isu semasa dan keadaan sekeliling. Soalan famous yang akan ditanya kepada pelajar ajanib khususnya,
' لماذا اخترت بلد المغرب وليس مصر او يمن ؟ '
Mungkin skema jawapan yang sama jugak untuk jawapan penyoal sebelum ni; untuk berlatih berbahasa arab fushah. Negara lain penduduknya lebih suka menggunakan bahasa pasar dan tidak semua mahu berbahasa fushah, atau mungkin ada yang memang tidak tahu bercakap dengan bahasa Arab fushah. Bicara yang panjang dengan pemandu sebelum dia berkata;
'ساتكلم بلغة الفصحة لكي انت تمارسين في النطق'
Kesempatan yang baik! هده فرصة طيبة لي. Sememangnya Moroccan penuh adab dalam menghormati orang luar dan sangat ramah untuk menegur apatah lagi berbual dengan foreigner.

Apa yang lebih tersentuh, pemandu terus rancak dalam bicaranya; ' Semoga kau peroleh ganjaran kerana mempelajari bahasa arab. Yang AlQuran diturunkan dengan bahasa syurga, bahasa Arab. Kau dapat ganjaran lebih mempelajari bahasa Arab dengan susah payah, cari makna guna kamus dan memahaminya. Kami bangsa Arab sudah bercakap dengan bahasa ni sejak kecil lagi.'

Teksi petit sudah berhenti di hadapan maktabah. Pesannya lagi, belajar بكل جهد, dengan sungguh-sungguh. Terima kasih pakcik atas tasyji3 yang sangat membina.

Langkah terus di atur menaiki tangga ke pintu masuk, tajdid niat!
اللهم انفعنا بما علمتنا وعلمنا بما ينفعنا.

No comments:

Post a Comment